Lawak Engineering VS MBA

January 28th, 2009

An MBA and an Engineer go on a camping trip, set up their tent, and fall asleep. Some hours later, the Engineer wakes his MBA friend.

“Look up at the sky and tell me what you see?”

The MBA replies, “I see millions of stars.”

The Engineer asks “What does that tell you?”

The MBA ponders for a minute: “Astronomically speaking, it tells me that there are millions of galaxies and potentially billions of planets. Astrologically, it tells me that Saturn is in Leo. Timewise, it appears to be approximately a quarter past three. Theologically, it’s evident the Lord is all-powerful and we are small and insignificant. Meteorologically, it seems we will have a beautiful day tomorrow.

What does it tell you?”

The Engineer friend is silent for a moment, and then speaks:

“In practical terms…it tells me that someone has stolen our tent.”

hUA..hua..Hua…

Lawatan sambil belajar ke Chemor

September 4th, 2008

1_636179816l

Sudah empat hari aku tinggalkan bumi bertuah Kinta dan kenangannya masih segar menghijau dalam sanubariku..bukan kerana gadis2 Perak berjaya memukau mata kalbi, tetapi ada keunikan yg masih asli di negeri Long Jaafar ini..Hampir seluruh pelusuk daerah aku jelajahi hanya dengan berkuasakan Iswara 1.3 milik rakan seperkelanaan, Ihsan…Turut bersama, Bond ataupun lebih digemari dengan panggilan sang arjuna… bumi Kinta yang dahulunya kaya dengan hasil bijih kini dipenuhi bangunan-bangunan kolonial hasil tinggalan penjajah British terutamanya di Ipoh,Kampar dan sedikit di Chemor..hasil bijih semua depa sapu..apa yg tinggal hanyalah gelaran “Land of Mining”..

Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke Ipoh,bebola mataku tertancap dengan keindahan kerlipan lampu2 yg memagari sebuah bangunan yang menjadi mercu tanda Ipoh iaitu Stesen Keretapi Ipoh..Walaupun jauh berbeza dari stesen KL sentral keunikan Stesen Ipoh seolah2 cuba menceritakan kepada setiap pengunjungnya tentang senibina Inggeris lama..Agak seram keadaan di sepanjang lorong yg aku lewati di stesen ini namun tiada sehelai pon bulu roma yg berdiri…mungkin ciri2 seram juga telah dititikberatkan dalam pembinaan stesen ini…Perjalanan malam itu tamat di Hotel New Caspian dan sehingga hari ini,aku masih bingung apakah hubungan diplomatik yg pernah terjalin antara Teluk Caspia dengan Bandaraya Ipoh…?

Keesokan harinya,pagi2 lagi kami sudah bertolak…mmm…lebih kurang pukul 11…masa itu manusia yang tentukan..mungkin untuk persediaan menghadapi Ramadhan,aku tidak menjamah apa2 pun makanan dan sebaliknya apabila sampai di Lenggong…

“Aku denga laksa Perak sedap..try jom?” cadang Ihsan sambil tangannya sibuk melambai2 waiter..

“Ko nk try,ko trylaa..aku cam kenyang sketlaa..”jawab aku yg masih sangsi dengan penyataan tadi..

Hmm…selepas selesai 2 mangkuk laksa,aku rasakan butang baju aku bagaikan menjerit2..tanpa berlengah,kami pon teras berangkat ke Tasik Banding…sudah pastinya Royal Belum Rainforest Resort menjadi pilihan singgahsana pada hari itu.. Tidak perlulah aku coretkan pengalaman aku di sini kerana gambar2 yang aku upload lebih menceritakan segalanya…

Bagi pengguna laluan Timur Barat,sudah pastinya nama Tasik Banding ini bukanlah asing bagi mereka kerana sering dijadikan transit…Pernah denga kata-kata Abraham Lincoln sewaktu tiba di Niagara Falls??Beliau hairan sambil berkata “Aku pelik mana datangnya air yang sebanyak ini..”..begitulah juga keadaannya di Tasik Banding…

  1_760762947l_2 

Dipendekkan cerita,sehari sebelum tiba Ramadhan,kami pon berangkat pulang dengan melalui jalan dan pekan2 lama…Lawin,Lenggong,Besiar,Kati,Sg Siput, dan akhirnya berhenti rehat di Chemor…mereka yang lahir era 80’an,jangan kata tak pernah denga Chemor..iklan hari raya tu masih meniti di bibir setiap insan yg melewati pekan kechil ini…”Mau pegi mane…Chemor…” Di sini kami melepaskan lelah dan berbagai2 bentuk sisa kumbahan di rumah rakan karibku bernama Shahreza @ Repa..Beliau merupakan anak jati Chemor dan bermastautin di Kg Cik Zainal…mungkin Cik Zainal ialah antara peneroka awal kawasan jajahan Chemor ataupun kroni Sultan Perak..itu aku belum pastikan…layanan tuan rumah sememangnya memuaskan.. kami khusyuk menjamah setiap hidangan yg telah disediakan, sedang para jemaah kampong berpusu2 ke surau menunaikan Solat sunat Tarawikh malam itu, …solat tarawikh itu solat istirehat..tidak dapat bersolat,istirehat pon dh kire Alhamdulillah…musafir ade rukhsah2nya…sekali lagi aku jatuh cinta dengan suasana di Kg Cik Zainal pula…desiran dedaunan pohon nyiur,rambutan dan durian tertanya menyentuh ruang hati yg tersangat dalam, lantas mengingatkan aku yg terlupa untuk cas handfon..aduyaii..matilaa aku kalo bini aku msg time2 nih…Walaupun hanya mampu memamah debu rindu setelah sekian lama di perantauan, aku akan pasti kepulangan aku setia dinantikan..(Errr…jauh sgt ke aku pegi nih???)Dalam kesamaran cahaya,busut2 yang hampir membukit  di perkarangan rumah Repa aku lihat bagaikan istana kerdil yang menjadi arca cinta si anai2…Nyanyian sang kodok yang sahut menyahut bagaikan sebuah simfoni indah menusuk ke gegendang telinga…

Keheningan malam bersama rintik2 hujan seakan2 memaksa kami terus bersahur di Chemor… namun keputusan untuk pulang ke rumah dikuatkan lagi dengan alasan pemandu yg mungkin akan singgah di mana2 cawangan KFC ataupun McD sekiranya pulang ke KL pd waktu tengahari…musafir kan ade rukhsah2nya…

Subur tanah Chemor dan dingin bayu Sg Siput kami tinggalkan dengan lambaian pengharapan agar kami dpt bertandang lagi… awan resah dan langit rindu mengekori langkah kepulangan sehingga ke Sg Buluh…seperti yg telah dijangkakan,aku dpt jugak bersahur dgn family pada hari pertama berpuasa…untungnya dekat dgn family nih…heheheh…

Di sini aku ingin mengucapkan Selamat berpuasa dan jalankanlah ibadah dengan penuh keikhlasan…

Salam…

p/s:- untuk memastikan dan melihat sendiri keberkesanan dan kecekapan Menteri Kerja Raya,Samy Vellu, silalah bertandang ke Sg Siput…jalan 2 lane di kedua2 belah arah dan lampu neon selang 2 depa dapat dilihat di sekitar kawasan ini… sekian

Tugas getir seorang kulaan banjar

August 25th, 2008

1_618231121l Walaupun sudah lima hari Pesta Konvokesyen ke 24 UIAM berlangsung, isu mortarboard dan juga jubah hijau masih lagi meniti di bibir2 mahasiswa lebih2 lagi mereka yg pro-pembangkang.apa pun terjadi,bangkang mesti kne bangkang..Students Representative Council pon seakan belum jemu2 melontarkan bantahan dalam apa jua bentuk;lisan mahupun bertulis..aku yg masih termanggu2 melihat rakan2 sedarjah menyarung jubah hijau tersebut menjadi semakin keliru ape kejadahnya isu sebegini perlu diperbesarkan..melalui pengamatan aku,isu ATM machine,kecurian motor,skandal student dan staff,pertandingan ratu bapuk,peronda jaket hijau yg suke skodeng,pecah bilik,kafe tutup time Convest,bdk lapar thp dewa dan byk lagi isu2 yg masih belum dibongkar dan perlu dibawa ke tengah..mgkn aku yg berpaksikan ideologi yg mengatakan sebenarnya suara mahasiswa dipelopor sesetengah pihak dan menjadi seakan boneka ni,lebih selesa melihat dan mendengar sahaja..tetapi mgkn juga lensa ku semakin kabur dlm renungan..suara mahasiswa???nampaknya generasi kita dahagakan suara mahasiswa..

Tepat jam 12 tghari tadi,aku pon dgn tidak seberapa rela mengatur langkah menyusuri beberapa blok fakulti kejuruteraan menuju ke kompleks aktiviti kebudayaan UIAM. Seperti berbelas2 tahun lepas,disinilah berlangsungnya upacara sedu sedan ibu bapa dan sanak saudara yg terharu melihat anak mereka menggenggam segulung ijazah..tidak kiralah berapa tahun pon yg merka ambil untuk ijazah tersebut..itu bukan persoalannya..aku ulang,itu bukan persoalannya..

Sebaik tiba sahaja di CAC,aku lihat sahabat lama Bro Mon sibuk berkungfu dengan Nikon D80 beliau..tertungging2 beliau di dataran depan CAC hanya kerana sggup memberikan penghormatan terakhir kepada rakan senegeri iaitu Man Duga..itulah dia Bro Mon..sanggup pulang dr Madagascar walaupun sessi penggambaran Animal Planet di sana masih belum selesai..Bro Mon yg sudah pun memeterai kontrak dgn salah sebuah stesen televisyen tempatan itu sememangnye multi-tasker..kambing,printing,itik,PA system dan berbagai2 jenis bidang perniagaan yg beliau ceburi..semuanya membuahkan hasil..itulah sahabatku Mon..cukup masak,lemak berkrim,bertubuh sasa dan sering digelar fatwa pujangga..Ooo.. Man Duga..anak jati kedah ini membawa pulang segulung ijazah sarjana muda dalam jurusan sains kemanusiaan hari ini tersenyum simpul dan kdg2 mendabik dada seolah2 berkata "Aku dh grad..aku mmg hebat".Aku ttp berbangga dgn beliau..walaupun hakikatnya sedikit rasa cemburu seakan bersarang di sanubari ini..Man Duga sememangnya tidak asing lagi bagi pelajar2 UIAM lebih2 lagi pelajar wanita..raut wajahnya yg seakan2 buah jambu loceng itu sentiasa sahaja menjadi buah mulut gadis2 termasuk golongan ibu yg ingin bermenantukan beliau..sedikit jerawat di muka tidak langsung mencacatkan penampilan beliau pada hari ini yg tampak segak di sebalik sut Pierre Cardin dan sepatu Louis Vuitton..Ibu tersenyum riang,ayah mendakap girang,Man Duga gembira bukan kepalang,dan Bro Mon masih lagi berguling2 sambil lensa kamera dipacu tepat ke arah Man Duga sekeluarga……….

aku hanyut ditelan angan2an..merasakan diri seolah2 sedang menyarung jubah konvo bersaiz L dan mortarboard tersisip rapi di kepala..aku terus hanyut……terbayang sibuknya menerima jambak2 bunga dari rakan2 lelaki mahupun wanita,sedarjah ataupun tidak..hanyut lagi….dibuai rasa gembira apabila disimbah cahaya dari lensa kamera..dan terus hanyut sehanyut2nye apabila projek vacuum exhaust system ku dinobatkan penerima anugerah khas rekacipta semalaysia…..

"Woi Din..awat hg dok pelok pokok bonzai tu?Jom laa pi makan..lapaq ni",terjah Bro Mon yg sememangnya sinonim dengan perkataan lapar itu…aku tidak mampu memenuhi permintaan beliau sambil teresak2 berbisik

"Mon..nnt tym aku grad hg shoot gambaq aku taw.." Sambil menanggalkan spek hitam dan memandang tepat ke biji mataku Mon membalas.. (soundtrack :- Sekadar di Pinggiran - Francesca Peter)

"Tengoklaa…kalo Ariff Budiman bg aku pnjm kamera dia lg..aku cuba.."

..aku terus berlalu meninggalkan perkarangan kompleks yg seakan berpuaka itu..

Kepada rakan2 yg sudahpun grad..tahniah aku ucapkan..bantulah Malaysia dalam segenap segi berbekalkan pengetahuan yg dah ada..dan jgnlah lupa memulangkan mortarbord dan jubah milik IIUM Holdings tu..dan doakanlah aku berjaya menyusuri denai2 berduri dan gelap ini..tanpa kau org,aku bagaikan ketandusan cahaya…walaupun tanpa Bro Mon,Penang,Mie,Jiha,Didie,dan beberapa rakan lain,aku akan terus merangkak ke hadapan..korang sume masih segar dalam setiap inci salur2 darahku..dan aku tahu sebenar2 tahu satu2nya sumber inspirasi aku masih disini…..

p/s : Ketiadaan Bro Mon bukanlah kerana beliau tiada di UIAM lg tetapi beliau sudahpun berangkat ke Karachi untuk pengambaran Kisah2 Rasul menjelang Ramadhan nih..untuk menempah Bro Mon(perkhidmatannya),sila ke http://brothermon.fotopages.com ..sebut sahaja kulaan banjar,pastinya diskaun hebat menanti anda..Selamat menjalani ibadah puasa!!

Aku gemarkan bergedil

August 20th, 2008

Zalim_1  Sekali lagi jari jemari gebuku ini rindukan papan kekunci komputer riba..hasrat untuk terus menaip membuak2 seakan air sungai yg diempang..dalam masa yg sama,kehadiran peperiksaan yg tak diundang semakin hampir.Jadual peperiksaan yg berturut2 membuatkan aku seakan hilang selera makan pada waktu siang dan bertambah di kala fajar mula melabuh tirai..risau juga rasa hati mengenangkan berat badan ideal yg pernah ku kecapi dulu kini hanya tinggal memori..

Sejak seminggu lalu,ntah knape hati ni bak terpanggil untuk mempelajari bahasa kantonis dan hindi..yg pasti aku tidak terpengaruh dgn mana2 drama kantonis saluran emas ataupun filem2 bollywod di astro prima..mungkin kerana kebolehan berbahasa kedua2 bahasa ketiga itu bukan mudah untuk dimiliki oleh seorang yg berketurunan pahlawan jawa seperti aku..aku mula memuat turun beberapa klip bahasa2 itu semenjak seminggu lalu..namun ternyata penguasaan kedua2 bahasa ini bukanlah mudah kerana ia memerlukan intonasi dan sebutan pada makhraj2nya..yg pasti aku blom mahir..mungkin dalam masa setahun aku boleh bertutur dengan lancar di Festival Filem Hong Kong ataupun Bollywood dan berjabat mesra dgn Stephen Chow mahupun Aishwarya Rai..

Bukanlah satu kemestian bagi kita mempelajari bahasa selain bahasa ibunda..tetapi,aku sememangnye meminati institusi berbahasa..tanpa bahasa,bayangkan bagaimana kita ingin menjalani kehidupan seharian?? Allah itu Maha Kaya kerana memberi kita nikmat berbahasa..dan yg pasti,Allah itu Maha Adil kerana mereka yg istimewa juga memiliki bahasa mereka sendiri..Jadi..sayangilah bahasa ibunda dan pelajarilah bahasa2 anakanda..Utlubeul ‘ilma minal mahdi..ila lahdi..sekian wassalam..

Aku dh nk kawen..

August 19th, 2008

BurrpPPpp..Alhamdulillah..baru sahaja aku selesai menyantap sepinggan nasi goreng Thai di simpang td..di sulam pula dengan air nescafe o ais nipis..Alhamdulillah rezeki hari ni..ntah knape rajin pulak untuk aku menaip setelah sekian lama menyepi dari arena blogging..mungkin internet free yg boleh dinikmati di seluruh kampus nih membuatkan aku rase senang berkarya dengan hanya memakai boxer..

Mcm hal yg berlaku pada aku hari ini..walaupun keputusan test Internal Combustion Engine aku agak cemerlang namun Dr AKM tetap cuba mencari kesalahan aku.Tidak kurang 15 minit aku dibiliknya menadah cuping telinga mendengar sebutir2 kata2 azimat kerana kerap tidak hadir ke klas..(3 kali kerap ke??).Tp tidak mengapa..Assoc Prof Dr yg berkelulusan Russia sememangnya begitu..lebey2 lagi selepas pendudukan Russia terhadap Georgia skrg nih..mungkin kemahiran beliau menggunakan AK47 tidak boleh disangkal lagi..

Yang menjadi batu kerisauan dalam sanubari ni ialah soal kahwin..kepada yg baru mendirikan rumahtangga,tahniah aku ucapkan dan selamat menjalani kehidupan seorang istri mahupun suami..yang baru bertunang,ingtlah sesungguhnya cincin tunang bukan murah untuk snang2 dipulangkan..aku jadi semakin resah dan gelisah..cuba menghitung kalau2 aku tersilap yg sebenarnya aku di alam 23 tahun..sudah pasti mumaiyiz,baligh dan waras..ape lagi syarat yg aku perlukan..seawal usia 10 tahun aku sudah menggalas tugas berat sebagai seorang ketua darjah bg kelas 4 maju..tidak cukup dgn itu,aku dipilih menjadi pengawas pd tahun berikutnya..malah pada usia pertengahan remaja,aku berjaya menundukkan rakan sekelas untuk terus mengemudi pasukan nasyid Maulidur Rasul peringkat sekolah di dewan makan..tp tulah..jd org melayu nih,belanja kahwin menjadi seakan2 satu beban yg perlu diambil kira..dengan kondisi aku yg masih menuntut di IPTA tempatan dan berbaki setahun nih,aku merasakan alam perkahwinan masih jauh..aku bagaikan merenung bintang di hujung dunia..dimanakah hujung itu?aku yg merasakannya..

Kawan2 semakin berani menerjah alam perkahwinan pada usia semuda aku ini..syabas dan aku meletakkan keberanian itu setaraf dgn semngt juang para pejuang Chechen..kepada yg sudah menimang cahaya mata pastikan nutrisi yg btol diberikan kepada anak itu..seelok2nya berikan mereka hanya yg terbaik dr badan..tp bukan dr ladang..(isi khutbah Jumaat masjid Ampang)..

Aku sedar langkah yg ku atur hari demi hari ini hanya dengan semangat untuk trus berjuang pada hari esok..apa yg aku juangkan..hanya aku yg bermandiri di dalam dunia cintaku yg tahu..biar kaca jd halangan,biar gunung jadi sempadan,biar nyawa jadi taruhan,biar jasad jd tawanan,biar siang bersinar bulan malam gelita menanti teman..aku ttp dengan satu keazaman untuk mengandar semangat melalui jalan2 kejayaan..yesterday is a history..tomorrow is a mystery..but today is a gift..that’s why it is called present..

Judin N Xera

InsyaAllah 10 / 10 / 2010 Saturday

10 ribu dinar mas

10 khemah

10 persalinan

10 dulang hantaran

dan 10 hari 10 malam

Aku dirundung malang..Ia bukan milikku

October 13th, 2006

Deto1Arghhh…!!!Kalau tak cantik dipandang,masakan aku tergila-gilakan dia!!Kalau tak comel masakan siang malam aku bersengkang mata hendak memiliki dia!!Adakah semuanya salah aku belaka??Ketidakpuasan hati yang tak mampu lagi aku tanggung ini mencoret bibit2 resah dan derita terhadapku sepanjang minggu ketiga Ramadhan al-Mubarak ini. Kisahnya bermula begini.. Menurut perkiraanku,genap dua minggu usaha aku mencari kereta terpakai charade espri 1.0 manual.Hati bak disemai seribu bunga dengan wangian astagina bila aku menjumpai kereta idaman ku itu tersiar di forum zerotohundred.com. minggu lepas.lantas jari2 gebuku ini membuat panggilan ke saudara kancil hijau."Kereta still ade..condition pun elok lagi.Baru satu owner bro",kata2 itu menyemarakkan lagi keinginan untuk memiliki kereta buatan Daihatsu itu.Lantas persiapan ke Shah Alam pagi itu disusun rapi walaupun aku terpaksa menyewa kereta untuk ke sana.Sepanjang perjalanan,aku sibuk menceritakan kepada rakanku beberapa bentuk modifikasi yang akan aku lakukan kepada keretaku nanti walaupun terpaksa mengorbankan duit PTPTN dalam simpananku..Skirting,rear bumper,front hood,2k kaler…arghhh…aku terus menekan pedal minyak dgn rakus dengan harapan kancil 850 cc itu dapat menerbangkan aku ke seksyen 17 Shah Alam.Setibanya aku di Shell bersebelahan Concorde Hotel,mataku terpaku dek pantulan cahaya dari sport rim Volk Racing 18" yang tersisip rapi di Acura@Honda yang aku sendiri tidak tahu apakah gerangan modelnya.Dalam hatiku mungkin ini bukan milik owner kereta espriku nnt."~Oh Carol…I’m about a fool..darling i love u~"..Sejurus selepas telefon Nokia model 7650 ku itu berdering,aku terus menjawab panggilan itu.Rupa2nya memang itulah owner kereta itu.Waaaa….pakai acura..jual espri pakai acura??huhuhu..mmm…Paling kurang bapanya mungkin memegang jawatan tertinggi di MBSA ataupun Kerajaan Negeri dan mungkin memandu Jaguar X-Type ataupun Benz C 200 ke atas.Tapi,siapa aku untuk menjelaskan keadaan kewangan dan gaya hidup kedua orang tuanya itu.Mungkin juga mereka hanya sekadar peniup saksafon ataupon ahli silap mata di kelab2 malam.arghhh…persetankanlah semua tu.Dipendekkan cerita,aku pon tiba di perkarangan banglonya yang berkeluasan mungkin 4000 sqf itu.Dicelah2 Mitsubishi Pajero,Toyota Celica dan juga Honda Civic Vtec 2.0,kelihatan kereta Espri idamanku.Huwaaalaawee…btol laa..lawa lagi..RM 12000 je harga keta ni..mmm..untunglaa aku.Aku terus meminta izin untuk memandu uji bakal keretaku itu.Gemersik suara Allahyarham Sudirman yang mendendangkan lagu Balik Kampung menerusi CD player berjenama Kenwood di dalam kereta itu,membuatkan aku sekali lagi dibaluti angan2.Rasanya seperti hendak pulang ke kampung membawa bakal isteri bertemu orang tuaku.Setelah semua perkiraan ditambah tolak,Aziq bersetuju untuk menjual machine kesayangannya itu RM 11000 sahaja.Aku pulang dengan seribu harapan menggunung untuk memiliki kereta itu.Wa…dapatlah aku pakai pergi menziarah rakan2 dan saudara di pagi aidilfitri nanti.Setelah dokumen guarantor dan slip2 yang berkenaan dengan pinjaman bank aku siapkan,aku bercadang untuk ke Shah Alam pagi Sabtu ni mungkin dalam 8 jam dari waktu aku menulis blog ini.Aku menghantar satu mesej pesanan ringkas ke telefon bimbit Aziq pada pagi tanggal 20 Ramadhan sambil tangan kiri sebok menyuap mulut dengan ayam gOlek kerana bersahur lewat.Malangnya tidak berbalas.Mungkin Aziq tidak bersahur hari ini sangkalku.Aku terus menghadamkan segala isi perut pagi itu dan lantas menunaikan tanggungjawabku sebagai seorang Muslim dengan menunaikan SolatSubuh tidak berjemaah.Hendak atau tidak,aku terpaksa menghantar satu lagi sms kepada Aziq demi bertanyakan apa kesahnya kereta yang konon2nya keretaku itu.Malang memang tidak berbau.Begitu jugalah dengan sms ku yang mungkin tidak berbau seperti ayam percik untuk menyedarkan aZIQ pada tengahari itu.aku kecewa dan terus kecewa.Seperti juga manusia lain dan memandangkan kredit panggilan hanya berbaki RM 1.34 sen,aku agak keberatan untuk membuat panggilan.Lalu aku terus membiarkan perasaan gundah berbaur was2,bersarang di hatiku.Pertanyaan dan juga keraguanku terjawab kini,apabila tepat jam 12 malam semalam,Aziq meminta ampun dan maaf di bulan Ramadhan dan mungkin juga untuk Syawal yang akan menjelang nnti.Dia dengan nada sederhana sedih bercampur kegembiraan menerima duit cash,memberitahu yang sesungguhnya kereta itu telah pun menjadi milik orang lain.Dalam erti kata lain aku memang tidak mampu lagi untuk memiliki walau sebutir nut mahupon side mirror kereta itu.Hati luluh dan kecewa bagaikan seorang putera raja yang kecundang memiliki Puteri berambut ikal dari kayangan.Helaian angan2ku yang terbuku di hati,bagai dicarik2 dan mungkin tidak akan bercantum semula mengikut indeksnya.Arghhhhh…kenapalah mamat nih jual awal sangat..Kn ke boleh de tunggu aku kejap je.Takkanlaa aku nk settlekan mende2 tuh time weekdays.Kan ke aku nih student Automotive Engineering dari Universiti Islam Antarabangsa yang memiliki pointer di bawah paras 3.Takkan aku nk p0nteng klas lagi walaupon itu memang antara keharusan kepada student beragama Islam di kala ramadhan nih..Arghhh…aku sudah tidak mampu mengeluh.terpaksalaa aku sekali lagi menumpang member2 terdekat untuk konvoi raya nnt..Ihsan antara calon yang sesuai untuk tujuan itu.Selain keretanya memecut laju,dia juga membenarkan semua penumpang tidak mengira warna kulit untuk meredam asap Dunhill di dalam keretanya..aku tumpang ko le san..MmMmMM…

Pujian Untuk Seorang Rakanku di Pagi Nuzul Quran

October 9th, 2006

Sejak dr blog pertama aku hari tu,jari aku nih seakan2 ingin lagi menari2 atas keyboard usang ku ini.Walaupun huruf ‘w’ dan ‘x’ perlu ditekan sederhana kuat,aku tetapkan jua pendirian aku untuk menulis blog aku yang kedua ini.Seperti biasa,aku akan bersahur pada pukul 4 pagi dan sementara menunggu waktu imsak,bertalu2lah udara segar berjenama Dunhill aku sedut dan hembuskan mengikut Irama lagu2 raya dendangan Sanisah Huri dan Fazidah Joned.Suasana pagi di Gombak yang berjerebu ini dgn skala IPU 168,tidak mematahkan ketegaran aku untuk terus berkarya dan menyajikan blog2 indah untuk tatapan rakan2 seperjuanganku.Buat Alem Highdays dan ManSaiko tak lupa juga kepada MatRock,aku sendiri tidak dapat menafikan yang menulis blog ini salah satu cara untuk berkarya.Patutla MatRock selalu sgt tulis blog.Pagi ini dengan beralaskan sebungkus nasi putih berlauk ayam goreng ditambahpula horlicks ais buatan Al-Ameen cafe,aku yakin dapat meneruskan ibadah puasa aku buat hari yg ke…ke…ke..mmm…..1..2..3..4 yang ke 17 ini.Ibadah2 sampingan seperti solat terawih dan menyedekahkan pisang sewaktu solat Jumaat juga harapnya dapat aku teruskan untuk aku terus memperbaiki dan menyinari kegelapan hati.Perbezaan ketara yang berlaku pada aku pada bulan yang penuh kemuliaan ini bukanlah nampak pada ibadahku tetapi waktu tidurku.Aku akan berjaga hingga waktu sahur,melayari internet go wireless yang penuh onak dan duri ni.Tetapi byk masa aku dihiasi muzik2 indah akustikal dendangan rakan sebilik iaitu Juan PetruMie.Tanpa dia,mungkin aku jugak tidak berkembang dalam mempelajari oktaf dan kord untuk bermain keyboard.Sekalung tahniah dan terima kasih buat beliau.Walaupun lagu Samson,Kenangan Terindah yang berulang kali menerjah cuping telingaku ini,namun aku tetap menggemari setiap petikan dan scaling yang dimainkan oleh Mie.Dalam hati keciku terdetik juga bilalah aku akan setaraf dengannya yang kini telah membuka 3 akademi berorientasikan musik di sekitar bandaraya selain tuisyen2 musik untuk wanita2 sebagai satu jalannya untuk mencari teman hidup.Buat Mie,ingatlah pesananku ini,cukuplah memperdaya wanita dengan muzik,gunakanlah paras rupa pula.Aku tahu ideologi mengorat awek menggunakan skill Rock Cintan yang dipelopori oleh Mat Rock boleh diterima pakai,tapi kau perlu juga sedar yang sesungguhnya mentaliti wanita hari ini kan lebih bercorakkan kisah percintaan Jepun & Korea.Bukan lagi zaman Jimi Asmara,Isabella mahupun Azura.Tetapi usaha kau untuk terus mencari teman hidup selama 3 tahun di UIA ni harus dipuji.Mungkin kau patut mencuba mandian lulur bunga atau melayari laman2 web mencari jodoh yang kini giat dipopularkan alaupun lebih kepada business purpose.SUCKS!Akhir sekali,buat sesiapa yang membaca blog ini sudi apalah kiranya korang memberitahu aku sekiranya terdapat Charade Espri 1.0 (M) untuk dijual kerana aku berhajat untuk men’DeTomaso’kan kereta itu.Sekian…AssalamualaikumWBT..

Aku,blog dan go wireless

October 8th, 2006

Hamende laa blog2 nih..hehehe..aku baru first tym blogging..ntahlaa..selain dari bermain gitar dan keyboard,rupe2nye blog nih pon bole buat luah perasaan sambil berkarya..tp, tak dinafikan jugak ade yang menggunakan blog sebagai wacana sampah mencaci dan mengeji oranglain..Astaghfirullahalazim..ade jgk yang memanifestasi blog sebagai tempat berniaga tanpa menyumbang ape2 kepada sektor ekonomi tempatan melainkan individu semata2.Aku yang sedang duduk di kerusi empuk milik IIUM holding nih saje test power camnelaa blog nih beroperasi selain menunggu waktu sahur yang x berapa ketika lg..mungkin muke aku mmg x penah nampak menulis blog nih..biaselaa,muke yang tidak mempunyai nilai2 komersial..nk blogging byk2 pn,sapelaa nk bace..seperti yang telah dicoret sebentar td,wacana sampah yg ingin aku ketengahkan arini ialah sistem wireless uia,go wireless..sekalung tahniahlah kepada pengusaha dan penggerak go wireless kerna telah membuktikan kepada mahasiswa dan mahasisiwi uia bahawa tahap pelaksanaan wireless di uia nih memang sangat2 menghampakan.sampah sarap..bilalah agaknye masalah ni nk berakhir.takkanlaa sebesar2 kolej nih pakai 2 je modem..manelaa agaknye pale otak korang nih korang letak..kate masing2 power networking.yang wat muke ala2 bill gates bile jumpe pon x leh ke nk settlekan masalah nih.kalo setakat buat2 sibuk kat cc btol2kan networking,tp budak2 x dapat gune service,lebey baik korang nih buat mende len,jual kerepek nk raye ni ke,repair beskal ke,semayang terawih byk2 ke..haihhhh..huh..